Selasa, 05 Maret 2013

Bahasa Arab


Ana, anti, anta, antum

“Hayyabil arobiah, hayyabil arobiah, hayyabil arooobiyah”..

Pernah kawan-kawan dengar fase ini?? yaa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar baguslah. Jika sebaliknya, sila teruskan pembacaan. Sekejap saja lagi kawan-kawan akan tahu...dan tempe.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, fase ini akan kedengaran setiap hari Jumaat di radio ANISAFIN pada jam 8:30 malam. Inilah rancangan mempelajari bahasa Arab. 
Tahukah kawan-kawan apakah keutamaan Bahasa Arab dalam kehidupan kita sebagai umat Islam? Hmm,,, banyak kelebihannya. Yang paling jelas sekali adalah, ia menjadi Bahasa Al-Quran.. Jika kawan-kawan perhatikan, Bahasa Arab saaangat indah.. Cuba dengar betul-betul cara sebutan dan lafaz yang ada pada bahasa Arab.. Memang cantik dan sedap didengar.

Itu baru mengenai sebutan dan lafaz. Belum lagi membincangkan mengenai tata bahasanya, lebih-lebih lagi tata bahasa (Bahasa Arab Al-Quran). Lagilah kagum, jika kawan-kawan betul-betul memahami dan menghayatinya.

Dahulu semasa bersekolah, terdapat banyak kawan-kawan yang keluar dari sekolah dengan alasan “kena bahasa Arab” atau “semua subjek kena belajar dalam bahasa Arab”.. Aiseh rugi betul siapa yang berkata demikian..

Penulis kadang-kadang hairan juga, 5 tahun belajar Bahasa Arab, tapi masih tidak mampu menguasai dengan baik. Cemburu betul mendengar orang yang fasih bertutur Bahasa Arab. Sudah tentu dia mampu memahami ayat Al-Qu'ran tanpa bergantung pada tafsir.

Inti pati pos kali ini adalah MEMANDU MINAT KAWAN-KAWAN PEMBACA KEPADA BAHASA AL-QURAN, BAHASA ARAB. Penulis bukanlah seorang yang pandai sangat dalam Bahasa Arab, tapi untuk memahami Al-Quran, kita perlu menguasai Bahasa Arab..

Oleh itu, mari kita semaikan minat dan cinta pada Bahasa Arab. Jika Bahasa Inggeris kita sanggup pelajari dan kuasai kerana ingin menguasai isu sejagat dan ilmu dalam profesional masing-masing, apa lah salahnya, jika kita berusaha menguasai Bahasa Arab untuk memahami KALIMAH-KALIMAH ALLOH, demi meraih keredaan-Nya..

Apabila Alloh menyintai hamba-Nya; Dia akan menjadikan seseorang itu sangat bijak dalam urusan agamanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar